Tuesday, October 27, 2009

After all, I still love you.





Ini adalah perkara yang dilakukan aku apabila kebosanan yang tidak dapat dibendung melanda semasa ujian sejarah kertas2 selama 2jam setengah, aku yang sudah berputus asa menjawab sejam awal ternganga lah memikirkan apa yang harus dilakukan. disebab kan tidak dibenarkan beridiri,berjalan,menonggeng dan membuat bising aku menconteng kononnya meluahkan isi hati. gahh. mau nya mata terlelap tapi aku tahan kerana takut air liur meleleh di atas kertas jawapan. selepas rehat dihidangkan pula dengan kertas matematik2, soalannya susah gila seakan mahu membunuh. perasaan itu seakan baru semalam. Hati, bersabarlah. otak, berfungsilah. semoga aku terus tabah untuk menjawab kertas matapelajaran seterusnya.
semasa sedang termenung jauh menunggu jam loceng menandakan waktu balik sekolah berbunyi, teringat kepada sebuah yang mendalam maksudnya bagi aku.
tak mengapa-A. Rahman Hassan. haha. jiwang? i am.


Sunday, October 18, 2009

Bosan.

pada satu petang yang bosan. aku melepak bersama Hirzi dan Jihan di kawasan rumah.sememangnya mereka memang teman aku sedari kecil. apa yang dicadangkan aku, merekaaa layann. terima kasih kepada Jihan,sebagai jurukamera serta Hirzi. aku, poyo kan? kutuk lah kalau kamu orang nak kutuk. serious.

Saturday, October 17, 2009

17.10.2009

Hari ini merupakan sambutan perayaan hari deepavali bagi pengganut Hindu. Happy Deepavali.
semestinya lah aku tak sambut sebab aku bukan pengganut hindu. cuma aku rakyat Malaysia yang kisah tentang 1Malaysia.*lahh sangatttt. aha. sementara mereka menyambut Depavali aku pergi ke rumah pak cik saudara aku. oleh kerana kerap ke sana, ayah aku menggelarnya rumah pak cik mid (sunway pyramid). di sana aku berjalan seorang diri, kerana aku tidak mahu berjalan dengan Jihan dan kekasih nya, apatah lagi melihat kemesraan mereka. aku tidak mahu mengaku yang sebenarnya aku kagum berserta cemburu melihat kesetiaan seorang lelaki kacak terhadap seorang perempuan biasa yang luar biasa, sedangkan lelaki itu ternyata mampu menambat hati si jelita yang seksi dan bergaya namun dia memilih untuk setia. fuhh. aku meneruskan hidup aku dengan berjalan seorang diri mencari sesuatu untuk diri aku. ternyata aku memang susah untuk jatuh cinta kerana aku hanya berminat dan membeli sehelai sahaja baju yang berwarna merah. takoyaki yang sungguh seksi membuatkan aku lupa yang aku sedang menikmati nya seorang diri. selain itu,ada pula manusia lain yang memandang aku,seakan aku merupakan seorang perempuan yang paling malang didunia. demi mengisi masa yang terluang aku memilih untuk menonton filem papadom. cerita itu tidak kurang hebatnya. kelakar sungguh sehingga tegang bulu hidung aku merasakan kegelian hati. kesepian semakin terasa apabila tempat duduk di sebelah kiri dan kanan aku tiada orang. pada masa itu, aku terasa seperti manusia yang berpenyakit dan harus dijauhi.tidak mengapa. bila diingatkan aku bersyukur kerana tidak menangis seperti suatu ketika dahulu iaitu menangis apabila mendapati keluarga aku hilang dari pandangan di pusat membeli belah. aku bukan lagi kanak kanak kecil, aku harus terus berjalan walau seorang diri. hah, orang lain pun pernah berjalan sendiri namun aku suka untuk berkongsi. hoho *poyo.


sebelum pergi itu, teringat pula kepada sebuah lagu yang seakan memerli diri ini.gahhhhh
shontelle-tshirt.

Penelope

Penangan cerita penelope yang aku tonton tempoh hari masih terlekat di minda. ya kawan kawan, aku tahu bahasawanya ceritu itu sememang nya sudah berabad namun aku baru berkesempatan menonton cerita itu rabu lepas. oleh kerana kebosanan yang melanda, sudah lah memonteng sekolah, salah satu cara mengisi masa lapang ialah menonton televisyen. okok. cerita tersebut mengisah kan tentang seorang gadis bernama penelope yang terpaksa menjadi mangsa sumpahan yang dilakukan oleh ahli sihir yang berdendam dengan moyang kepada moyang kepada moyang nya.sumpahan terhadap gadis yang dilahirkan dengan hidung khinzir sedari keluar dari perut ibu nya akan hilang sekiranya ada yang menerima dirinya seadanya. apa yang buat aku masih teringat pada cerita itu cuma satu. wujudkah manusia yang menerima manusia lain seadanya? akan adakah lelaki untuk aku yang menerima dan mencintai aku seadanya satu hari nanti? wujudkah? aku tidak sempurna,tiada manusia yang sempurna. penghabisan cerita itu ialah, hidung nya tidak lagi kelihatan seperti khinzir malah bertukar menjadi hidung seperti hidung manusia lain setelah dirinya sendiri menerima dirinya seadanya.selepas menonton cerita itu, aku mengiyakan bahawa tidak perlulah kita mengharapkan orang lain menerima kita seadanya sedangkan kita masih mengeluh dan tidak bersyukur di atas kurniaan Nya.
Nur Afiqah, speak for yourself. haha

Monday, October 12, 2009

Jiwa berdendam, hati menangis.

merujuk kepada tajuk,ternyata aku masih marah memikirkan perkara yang berlaku tempoh hari. setelah seharian menunggu keputusan penyakit yang dihadapi abang kandung aku, ibu memberitahu kami supaya balik ke rumah kerana abang ditahan di wad dan ibu akan duduk menemani abang di hospital selama beberapa hari. mujur ada jihan bersamaku pada saat itu, menemani aku dari pagi hingga ke petang,walaupun terkadang sikapnya amat menjengkelkan namun aku masih perlukan dia untuk berada di sisi aku selalu. pegawai hospital itu sangat lah kerek,kami meminta izin dengan baik untuk masuk berdua berjumpa ibu dan abang namun di tolak dengan kurang sopan dan hanya membenarkan salah seorang dari kami untuk masuk ke dalam wad sementara itu. mungkin itu peraturannya dan kami akur tetapi bukan kah budi bahasa budaya kita? kami terima jika permintaan kami ditolak dengan baik tetapi disebabkan sikap pegawai itu aku memandangnya dengan perasaan menyampah dan geram sambil mengucapkan terima kasih dengan senyum kambing terukir di bibir. jihan mengalah dan menyuruh aku masuk untuk berjumpa ibu.keadaan di dalam wad sementara yang seram membuat aku lupa perasaan marah terhadap pegawai tadi. melihat abang terlantar dengan wajah yang semakin cengkung dan badan yang semakin kurus membocorkan pipi aku lalu mengalir air suam dari mata. mujur kakak saudara kami yang tinggal di Serdang melapangkan dada untuk menghantar kami ke stesyen ktm berdekatan. keadaan di stesyen itu yang sesak dengan manusia lain membuat hati aku gementar. maklumlah, tempat tersebut tidak pernah lagi aku singgah. kepenatan semakin dirasai apabila terpaksa berdiri sepanjang menunggu train tiba, diikuti pula dengan perasaan marah apabila penumpang train didalam train tidak mahu memenuhi ruang didalam train padahal kekosongan tempat pemegang untuk penumpang yang berdiri didalam train tersebut sangat lah nyata kelihatan dari luar. aku terpaksa redha apabila terpaksa menunggu train berikutnya. kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menumbuk manusia yang mementingkan diri mengahalang laluan manusia lain untuk masuk. tidak kah mereka fikir perasaan manusia lain? selepas beberapa minit train yang aku nanti-nantikan tiba. tempat duduk kosong didalam train itu seakan-akan memang disediakan untuk aku. jihan kata, berkat bersabar. hari semakin gelap, dan akhirnya kami tiba di destinasi di mana izni sedang menuggu untuk menjemput kami pulang. hari ini masuk hari yang ke tiga abang di hospital. hati aku marah. hati aku benci. hati aku sayu. hati aku sunyi. hati aku sayang.hati aku rindu. namun, aku hanya mampu berdiam.

luka dihati masih berdarah.
sakit nya luka belum terubat
pedihnya sakit masih terasa, seakan tidak mahu pergi walau sedikit.
hati yang pedih masih merana.
Alif Sufian, bertahan lah.jangan pergi jauh, bukan sekarang. semoga cepat sembuh.

Monday, September 28, 2009

Untitled.


Malam semakin tua, namun aku masih belum boleh melelapkan mata yang dah pun sembap. mungkin kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. ibu cakap, "ika,tidak semestinya yang kita mahukan itu adalah yang mesti kita miliki mungkin juga dia yang harus kita lepaskan."
manusia berubah, saya tidak menyalahkan sesiapa diatas masalah yang sedang saya hadapi,tidak juga menyimpan dendam dan bukan mahu meghaibkan sesiapa, bukan juga menagih simpati kalian, cuma ingin meluahkan rasa kerana saya tidak mahu mati dengan meninggalkan pertanyaan. maaf diatas kekurangan diri, i'd rather see you go away with happiness than to be with me full of loneliness.
terima kasih kerana pernah menyedari kewujudan saya dikalangan mereka.dan terima kasih diatas segalanya.


yang benar,
Nur Afiqah bt A Jalil.

Saturday, September 26, 2009

Ditelan pahit, dibuang sayang.


Sayang, pernah kah kau benar benar maksudkan perkataan itu? atau ia hanya mainan dan rutin harianmu? ingatkah kau lagu lagu kita? ingatkah lagi saat kau cuba mendampingiku? ingatkah lagi janji janji kita? ingatkah lagi kau tempat saat pertama kali kita berjumpa?pernahkah kau mendengar aku? adakah aku yang salah? telahkah aku menyakitimu?akan kah kau kembali padaku? apa yang cuba kau lakukan? apa di mindamu? apa dihatimu? adakah dia telah berjaya mencuri hatimu? adakah dia yang kau mahukan? kenapa baru sekarang sayang? kenapa tidak dulu? kenapa dia? cantik kah dia? sempurna kah dia? mampukah dia menandingi perasaan sayangku padamu? salahkah apabila aku terlalu menyayangimu, menginginkanmu dan memujamu? salahkah?
*maaf jika ayat di atas menjengkelkan kalian yang membaca. manusia ini terbang dengan terlalu tinggi tanpa pernah terfikir akibatnya. kini, dia jatuh.

Hari Raya 2009


Berlalu lah sudah ramadhan,sebulan berpuasa,dan dalam sebulan itu jugalah aku dikerah mengelap daun pisang sebanyak yang banyak untuk di jadikan alas membungkus nasi ambang. mak aku berniaga nasi ambang kat bazar. ceyh*bangga je -.- . alhamdulillah,dengan sambutan yang amat menggalakkan dan memikirkan habuan yang akan diterima, benar benar mematikan perasaan penat. Raya tahun ini disambut sederhana oleh aku dan keluarga di kediaman kami. touching habis lah dengar takbir raya. raya kedua baru balik kampung di masai,Johor. raya tahun ini agak bosan,tak tahu lah kenapa tapi aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan merayakan Aidilfitri ini dengan keluarga yang aku kasihi.okok. Pada 25.09.2009, kami (Nana,Eqa,Ada,aku) mengadakan sesi menayang baju raya di putra height, lagipun niat memang nak jumpa mak cik mak cik tu. rindu benar aku dengan mereka. seronok habis,dengan ada photographer yang dibawa khas oleh Nana, Amir Afiq. memang posing habis lah. tuhan saja yang tahu kepenatan yang dialami, dan mereka lah manusia yang paling bersabar melayan kerenah aku. terima kasih kepada Eqa,Nana,Ada dan Amir.

Selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.
-Nur Afiqah bt A Jalil.







setibanya di rumah eqa, aku disambut dengan budak comel ini yang bernama Izat Irfan, yang paling aku ingat sementara tunggu Eqa bersiap aku sempat mengusiknya dengan bertanya, "Irfan sayang AJ?" lalu dia berkata "sayang".haha.




poyo habis lah haha


Thursday, August 20, 2009

jangan pergi jauh, saya rindu.

duduk dengan dua orang manusia ini tidak sah kalau tak ketawa gila gila. thanks Eqa & Nana. aku sayang korang berdua.

Monday, August 10, 2009

hujung minggu.


buat pertama kalinya aku menghabiskan hujung minggu aku di hospital. melawat kawan baik aku,Natasha. menerima pesanan ringkas dari nya membuatkan aku benar benar bimbang. Sha, kak ika betul betul risau gila kalau nak tahu. gagal menghubunginya,
mujur abangnya bagi no tel ayah mereka. tekad je call ayah mereka menanyakan keadaan Natasha, hospital mana, bilik no berapa. bersyukur sangat ada izni yang sangat memahami dan sudi untuk menghantar aku ke hospital. melihat wajah lesu gadis comel membuat hati aku sayu. mujur tiada perkara buruk berlaku cuma demam dengan suhu yang cukup membimbangkan. keesokan harinya, awal awal hari lagi pergi hospital dengan abangnya. teman Natasha sehingga hari nak malam. tidak terlintas pun rasa bosan singgah. tanpa menghiraukan nasihat supaya jangan mendekati pesakit. aku berkongsi katil dengan Natasha bertukar cerita dan bergosip tentang perihal manusia. nyanyi nyanyi, kan kan? tengah sakit sakit pun sempat lagi. Natasha Natasha.haha. pada aku tidak kisah lah dimana aku berada selagi aku didampingi dengan orang yang menyenangkan dan aku sayang itu sudah cukup membahagiakan.
ya Natasha, kak ika sayang kamu.

Form4

waahhhh lama rasanya tidak meng update blog. aha. ujian julai pun dah berakhir. tak sangka pejam celik pejam celik dah nak puasa dah pun. keputusan ujian aku macam biasa. kali ini tak gagal 4subjek yang biasanya gagal. alhamdulillah. mungkin sebab berkat meniru orang sebelah. erk. berkat ke?. akhirnya dah masuk bulan8 ni aku sedar yang aku seharusnya pergi tuisyen kerana sesungguhnya dalam kelas memang tak tumpukan perhatian pada guru yang sedang mengajar. cuba nak faham tapi tak faham jugak. pecah pale. menyesal pun ada,merelakan diri mengambil subjek sains. ramai yang kata duduk dalam kelas sains ni susah terutamanya bagi orang yang malas macam aku ni. haih. aku lebih minat matematik dari sains tapi aku tekad juga untuk mengambil sains. pernah juga rasa give up, dah malas nak belajar. tapi hidup ni panjang lagi, tambahan pula aku baru berusia 16tahun. kalau kau tak pergi sekolah kau nak jadi apa? aku sedar tak guna aku menyesali perkara yang tidak boleh diundur. maka, berusahalah Afiqah. lepas Spm2010. merdekalah kau! fuhh. cemburu benar melihat kerajinan pelajar kelas sains1. hebat gila mereka tekun belajar tengok buku macam nak makan. selalu terlintas di benak, bila lah agaknya aku akan jadi macam kamu orang haih. kini aku hanya perlu ingatkan diri aku walau apa pun yang akan terjadi berjalanlah tanpa henti. kakak aku kata kalau ada lampu merah macam mana? erk. apa apa je lah Jihan.

Thursday, July 30, 2009

Hadiah


terima kasih ayah, ibu, akak, baris, kak jihan, edet untuk kek harijadi yang ke enam belas. terima kasih juga kerana tidak pernah sekali pun lupa :)

terima kasih kawan



ulangtahun yang ke15.
kalaulah aku tahu kamu orang nak buat surpriuse party boleh lah aku berpakaian cun cun sikit. haih.


Afiqah & Nana






terima kasih kepada semua kawan kawan yang berhempas pulas mengadakan surprise party untuk aku. kamu orang semua tak pernah gagal meletakkan senyuman di bibir aku. terima kasih kawan. 25.o6.2009. si Farah dan Biela tarik keluar, aku tengah practise menari kat bilik tarian esok ada sambutan hari guru ni dengan selamba mereka tarik aku keluar. bawa aku seberang jalan macam nak masuk hutan je, mata tertutup dengan lepat buruk mana entah mereka ambil haha. seperti yang aku sangka, mereka bawa aku ke subang alam.rumah Farah. setibanya disana kena angkat pula dengan Farah dan Biela,naik tangga pula tu. tak larat sangat agaknya mengangkat beban seberat 50kg ni, separuh jalan je.lepastu suruh aku naik tangga sendiri. bila mereka melonggarkan ikatan kain yang menutup mata aku.
nyanyian lagu 'happy birthday' dinyanyi kan. wahhh, berbunga bunga persaan aku. terharu,gembira. yang seronoknya semua kawan kawan ada kat situ kecuali Nik(kat asrama).
potong kek, karaoke. best sangat. kalian, terima kasih. sentiasa sempurna tanpa cela. begitu juga pada hari ulangtahun aku yang ke15. indah sangat. walaupun tak sama,kamu orang tak pernah gagal menjayakannya.27.06.09,seharian ditemani Afiqah Zul dan Jihan.fuhh perkara yang akan aku simpan sampai bila bila.kamu orang adalah episod terbaik dalam cerita hidup aku. terima kasih kawan. ceyh,ayat nak poyo je.haa terima kasih kerana menerima aku seadanya.yang paling kecoh dan over.
*masa tengah bagi ucapan yang 'sweet sweet' kat padang macam ni kena baling dengan belon air. habis basah aku dibuatnya. kurang hasam.

selain itu, bila aku jatuh mereka tidak mentertawakan aku malah membantu, bila aku menangis mereka tidak mengejek malah turut menangis, bila aku diam mereka tidak membisu malah bertanya, bila aku meluahkan rasa mereka tidak mengendah malah mendengar. kawan kawan, aku tahu semua benda ini akan berubah suatu hari nanti. tapi tolonglah,aku harap. jangan pernah berubah.


yang ikhlas,
Nur Afiqah