Monday, September 28, 2009

Untitled.


Malam semakin tua, namun aku masih belum boleh melelapkan mata yang dah pun sembap. mungkin kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. ibu cakap, "ika,tidak semestinya yang kita mahukan itu adalah yang mesti kita miliki mungkin juga dia yang harus kita lepaskan."
manusia berubah, saya tidak menyalahkan sesiapa diatas masalah yang sedang saya hadapi,tidak juga menyimpan dendam dan bukan mahu meghaibkan sesiapa, bukan juga menagih simpati kalian, cuma ingin meluahkan rasa kerana saya tidak mahu mati dengan meninggalkan pertanyaan. maaf diatas kekurangan diri, i'd rather see you go away with happiness than to be with me full of loneliness.
terima kasih kerana pernah menyedari kewujudan saya dikalangan mereka.dan terima kasih diatas segalanya.


yang benar,
Nur Afiqah bt A Jalil.

Saturday, September 26, 2009

Ditelan pahit, dibuang sayang.


Sayang, pernah kah kau benar benar maksudkan perkataan itu? atau ia hanya mainan dan rutin harianmu? ingatkah kau lagu lagu kita? ingatkah lagi saat kau cuba mendampingiku? ingatkah lagi janji janji kita? ingatkah lagi kau tempat saat pertama kali kita berjumpa?pernahkah kau mendengar aku? adakah aku yang salah? telahkah aku menyakitimu?akan kah kau kembali padaku? apa yang cuba kau lakukan? apa di mindamu? apa dihatimu? adakah dia telah berjaya mencuri hatimu? adakah dia yang kau mahukan? kenapa baru sekarang sayang? kenapa tidak dulu? kenapa dia? cantik kah dia? sempurna kah dia? mampukah dia menandingi perasaan sayangku padamu? salahkah apabila aku terlalu menyayangimu, menginginkanmu dan memujamu? salahkah?
*maaf jika ayat di atas menjengkelkan kalian yang membaca. manusia ini terbang dengan terlalu tinggi tanpa pernah terfikir akibatnya. kini, dia jatuh.

Hari Raya 2009


Berlalu lah sudah ramadhan,sebulan berpuasa,dan dalam sebulan itu jugalah aku dikerah mengelap daun pisang sebanyak yang banyak untuk di jadikan alas membungkus nasi ambang. mak aku berniaga nasi ambang kat bazar. ceyh*bangga je -.- . alhamdulillah,dengan sambutan yang amat menggalakkan dan memikirkan habuan yang akan diterima, benar benar mematikan perasaan penat. Raya tahun ini disambut sederhana oleh aku dan keluarga di kediaman kami. touching habis lah dengar takbir raya. raya kedua baru balik kampung di masai,Johor. raya tahun ini agak bosan,tak tahu lah kenapa tapi aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan merayakan Aidilfitri ini dengan keluarga yang aku kasihi.okok. Pada 25.09.2009, kami (Nana,Eqa,Ada,aku) mengadakan sesi menayang baju raya di putra height, lagipun niat memang nak jumpa mak cik mak cik tu. rindu benar aku dengan mereka. seronok habis,dengan ada photographer yang dibawa khas oleh Nana, Amir Afiq. memang posing habis lah. tuhan saja yang tahu kepenatan yang dialami, dan mereka lah manusia yang paling bersabar melayan kerenah aku. terima kasih kepada Eqa,Nana,Ada dan Amir.

Selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.
-Nur Afiqah bt A Jalil.







setibanya di rumah eqa, aku disambut dengan budak comel ini yang bernama Izat Irfan, yang paling aku ingat sementara tunggu Eqa bersiap aku sempat mengusiknya dengan bertanya, "Irfan sayang AJ?" lalu dia berkata "sayang".haha.




poyo habis lah haha