Tuesday, November 18, 2014

mimpi

Manusia. Kita selalu harapkan orang akan buat macam apa yang kita sanggup buat. Bodoh.
Contoh nya, disebabkan takut kena korbankan rm60 LAGI untuk melepaskan kereta dari di clamp, aku gigih parking dekat pintu masuk kolej yang jauh nya dari fakulti lebih kurang 3km. dalam hati kata, “TAK APA” , sebab aku percaya nanti ada hati mulia yang nak memberhentikan kereta memendekkan perjalanan kaki aku yang 3 km dan mengambil masa 10 min. sebab nak pergi kelas pagi tu aku gigih berjalan mengharapkan ada tuan kereta yang berhati mulia nak tumpangkan gadis berbaju kurung hitam tudung coklat. Kadang bila ‘expectation kita terlalu tinggi’ jatuh nya lebih parah dari sakit gigi? kan?
Setiap kali bunyi kereta aku menoleh dan berhenti dari berjalan mengharapkan belas kasihan manusia lain yang punyai kenderaan 4roda. Malangnya sepanjang 3km 10 minit perjalanan panjang ke fakulti tiada satu kenderaan pun yang berhenti, berlecak lah badan ke kelas hospitality dengan berkecamuk hati.
Ya, mungkin kedengarannya seperti meminta simpati kerana itu lah agaknya niat asal. Mengharapkan belas kasihan manusia yang rambut sama hitam.
“what makes you think that way?”
Kerana sebagai aku, kalau aku lah di tempat mereka, aku akan berhenti tumpangkan seorang perempuan berbaju elok bertudung coklat didalam kawasan kolej yang berjalan pada 8.15pagi. (kecualilah yang mengurai rambut berbaju putih tak nampak mata)
Kadang kita ni selalu mengharapkan sesuatu yang tak mungkin, kita harapkan kita terima sejambak bunga ros setiap hari selasa dari kekasih hati, kita harap kita bangun tidur di Bali dengan sarapan diatas katil menikmati nya sambil mendengar deruan ombak dan menghadap matahari pagi. Kita harap kita bangun tidur ada orang bagi dua ratus ribu untuk dihabiskan dalam sehari, kita harap kekasih hati buatkan kek bawak belon dan aiskrim depan rumah pukul 12tgh malam pada hari jadi. Hakikatnya,tak mungkin terjadi.
Kita ingatkan gf balik kerja terus tidur rupanya tidur di rumah si jantan.Kita harapkan suami balik kerja terus cium kita yang ter tidur atas sofa sebab tunggu dia balik kerja, kita sangka suami tekun main candy crush merenung phone dengan gigih., Kita percaya boyfriend layan whatsapp group (katanya) sampai 4 pagi. Bila sebenarnya tengah bermain cinta dengan janda anak tiga.
Lebih sadis lagi, kau korbankan maruah diri, kau biar harta kau dijilat kumbang.kau tinggalkan keluarga, impian serta cita-cita. kau lupakan pengorbanan orang yang separuh mati mengasihi kau sebab kau harap dengan melakukan itu kau akan bahagia. tekad berpegang pada janji manusia yang kononnya cinta mati itu ke Lombok, sedangkan kau dilayan seperti balaci, ditengking seperti anjing dan dianggap binatang tidak punya hati
Kita harap kan segala yang baik dari orang kita sayang sebab itu yang kau sanggup buat. Kan?

Tapi dik, hidup ni realiti. Apa yang kau harap kan itu mimpi.

Saturday, October 18, 2014

Another mistake

When you realise something that you do is a mistake, you just got to do it anyway

Thursday, July 31, 2014

Janji

yang datang menyapa gadis itu keseluruhannya ada lima. namun dia tetap tunggu satu yang dia janji untuk setia tunggu. Malangnya, Gadis itu dipersia setelah pilih untuk setia.

Alahai babi nya.

Pada zaman dahulu, Ada seorang puteri raja yang rupawan, hanya dibenarkan keluar ke taman bunga selang 3 gerhana, masa yang dia ada cuma dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari. Separa hidupnya terkurung didalam kotak mindanya sendiri, dan seumur usianya dihabiskan menunggu hari dia dibenarkan keluar lagi. dia punya kekasih hati yang berjanji untuk sehidup semati sedari umur mereka 12 tahun. Meskipun kekasih hati nya itu berhenti menemui nya pada usia dia mencecah 16, namun puteri tetap tidak berpaling dan menunggu hari tersebut untuk berjumpa kekasih hatinya. Sehari sebelum tibanya hari yang dinanti, puteri akan berdoa kepada Allah lebih kuat dari yang sebelum nya agar Allah yang memiliki hati sekelian makhluk supaya menggerakkan hati kekasih hati nya itu, untuk datang berjumpa nya.
Kini puteri berusia 27 tahun, sebelum tiba nya hari yang dinanti, penjaga nya akan bertanya jika dia mahu membuka pintu kepada pemuda pemuda yang sentiasa ingin berjumpa dan berkenalan dengan nya, namun puteri menolak kerana masih berpegang pada janji itu, janji yang dibina pada usia nya 12 tahun.

Hari yang dinanti menjelang tiba, puteri masih menanti ditempat yang sama, membawa keterujaan dan harapan yang lama. malangnya, pucuk dicita ulam mendatang. Hari nya itu berakhir dengan berkecamuk hati dan tangisan.
Setelah puas menangis puteri tersenyum dan bekata, "barangkali dia lupa, mungkin bukan hari ini, mungkin satu hari nanti"





Ayahanda nya berkata, "apalah kamu tahu tentang makna janji pada usia 12 tahun" lalu dia menjawab, "aku tahu makna janji dan aku faham apa yang aku janji, lebih daripada orang dewasa yang sering menabur janji tanpa berfikir lalu mengkhianatinya."



Kenapa kekasih hati nya tak muncul muncul?
Sebab dia manusia yang lupa janji. menemui cinta lain ketika dalam perjalanan pulang menemui tuan puteri.

Janji bukan mainan, Ada orang tahu apa yang dia janji, ada orang lupa. ada orang menabur dengan mudah nya tanpa memikirkan betapa janji itu mampu merubah kehidupan seseorang. apa lah guna berjanji, kalau tak ditepati?

Cerita ini tiada kena mengena dgn yang hidup atau yang telah. rekaan semata. sekian.

Tuesday, July 29, 2014

Ditelan pahit, dibuang sayang

Burger ayam special with cheese yang dah basi. Hm.

Kejam

Kalau orang yang paling baik dan selalu mengalah dalam dunia ini adalah yang selalu kalah, yang paling tidak bahagia dan yang selalu dipijak. apa yang aku harus jadi?

babi yang ditindik telinga menjadi balaci dipijak dan dimaki?

perempuan taat yang laki nya dikebas perempuan jalang tak sedar diri? apa yang miliknya diambil dengan senang sesuka hati?
yang selalu memikirkan hati, sering menghormati,memelihara diri namun dianggap perempuan murahan tiada maruah diri?


Apa kita patut panggil orang yang suka mengambil kesempatan dan tak fikir hati?
bangsat, pembunuh hati


Kenapa dia?

Pergi mana mana orang tanya kenapa dia  dan aku selalu jawab tak tahu
padahal,
sebab aku tahu tiada seorang pun yang sebenarnya nak faham dan ambil tahu. aku tak yakin orang nak dengar cerita panjang berjela tentang hati dan perasaan yang cuma aku rasa.

 kecuali dia.


cukup lah awak seorang je yang tahu kenapa, kan sayang?


18sx

Perempuan jalang yang menggoda
dan
Lelaki gatal yang melayan.

Ah sundal !

siapa?



Dua-dua

Thursday, July 17, 2014

Destinasi

terkecil hati dengan sesetengah pemikiran seperti berikut:
"time bujang ni lah nak enjoy"
"lebih baik buat semua sebelum kahwin nanti susah"
"kalau nak beli motor besar baik beli sekarang, tak kahwin pun tak apa"
"dah kahwin nanti susah nak buat apa apa nak travel duit kena untuk anak anak"


mewakili suara sebuah hati;
"adakah aku ini beban pada kamu yang menghalang kamu untuk merasa bahagia? ada kah aku pemusnah segala impian dan cita cita? dan setelah kamu mengahwini ku, ada kah aku akan menjadi penghalang untuk kamu terus hidup? "

Sebagai hamba Allah, aku percaya yang hidup ini ada satu tujuan. mencari keredhaan Allah. ada lagi tujuan yang lebih penting dari itu? ajar aku bila aku salah. 

Surah An Nur : 32 "dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang orang yang soleh dari hamba hamba kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya kerana Allah (maha luas limpah dan kurnian Nya) lagi maha mengetahui


Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. aku yakin wujud individu yang menganggap aku adalah destinasi. menepis segala kerana aku adalah destinasi. dia percaya yang aku lah  tunggangan yang membawanya ke destinasi. bukan bebanan dan batu penghalang ke destinasi.

Aku juga manusia biasa yang penuh dgn khilaf dan dosa. dan Setiap kali aku rasa nak enjoy habis habisan, mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan keluarga, apa kata tanya diri sejenak; apakah tujuan asal kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini? 

Sunday, July 13, 2014

Abadi

Anggap aku sebuah tragedi indah yang pernah singgah, atau pelangi petang yang datang selepas hujan, atau pengajaran yang takkan kau ulangi,  atau bintang yang tak kan kau gapai lagi, atau bulan terang yang hanya kau pandang setiap malam, atau buku usang yg berhabuk takkan kau baca lagi, atau mimpi indah di siang hari, atau sayap yang pernah buat kau terbang tinggi atau kalimah sakti yang dulu pernah menjadi ubat tatkala sepi, atau pemanis selepas hidangan yang kau termakan basi,  atau cerek panas yang takkan kau sentuh lagi, atau lagu yang bila kau dengar terukir senyum sendiri atau lirik yang terdapat di kotak hati. atau lukisan yang kau pandang kosong. Biar kosong






cuma aku mohon satu; jangan anggap aku sesuatu yang kau sesali.

Sunday, June 29, 2014

Hati

Aku kalau rajin;
gajah pun aku mandi kan.


 kalau malas;
pergi dapur pun guling guling.


tapi aku kalau dah menyampah;
habis.



Macam bekas tin minuman f&n hijau; tak ada hati manusia yang dipijak,dibaling, dihempas, dilenyek, diperah, dihempuk, dilempang, ditenyah, diterajang, disepak, tak ada yang kekal pada bentuk asal. tak ada. kalau ada? pembohong.


Lelaki.

sebab kau bajingan yang tidak tahu menghargai. hanya selalu menodai hati yang ikhlas memberi.

Tuesday, May 27, 2014

Ini takdir kita.



Aku harap satu hari nanti bila usia kita lebih tua. Kita memandang anak anak dan pasangan kita masing masing dan menjadi lebih faham mengapa kita tidak ditakdirkan bersama. Allah maha tahu. Semoga bahagia milik kamu satu hari nanti. Selamat tinggal , terima kasih sudi berkongsi masa dan menjadi sebahagian dari hidup sepanjang  perkenalan. maaf.

Carilah bahagia mu dan doakan aku. Selamt tinggal.

Monday, March 10, 2014

Kahwin muda

Bila korang dapat jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran yang berusia 21 tahun , apakah reaksi anda?
Mostly:

“baru 21 tahun dah kahwin???? Tah tahan sangat lah tu”

“pregnant kot”

“laki dia mesti kaya”

“awal nya kahwin tak habis enjoy lagi kot.”

Tak tahan sangat lah tu? Like seriously? Buka lah mata, pernah kah kalian Tanya apa yang tuan punya badan rasa? Cuba kalau niatnya untuk menjaga maruah diri. Menjaga nama ayah dan ibu nya, dan bagaimana pula jika niat dia menjaga nama baik agama. apa korang kata?

“bullshit, orang muda apa yang dorang fikir”

Kematangan seseorang itu bukan bergantung pada usianya namun apa yang telah dia lalui. Rambut sama hitam, hati lain lain. Apa kata daripada berkata buruk kita doakan kebahagian mereka. Salahkah?
Aku berusia 21 tahun, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna kerana bagiku cukup segala. Tiada cela. Kasih sayang yang keluarga tanam sedari kecil dirangkul kemana aku pergi. Hidup aku normal.  Pada usia 21, masih menjaga. Belum pernah pergi kelab, minum,merasa mabuk,dadah, ke parti buih. Alhamdulillah. Tak pernah sentuh. maaf kalau membangga tak ada niat melukai sesiapa. seriously im not trying to say that im good. Manusia kalau dipamerkan aib di wajah tentu tiada sesiapa yang sanggup memandang antara satu sama lain. Aku juga manusia. Aku? Kalau aku pilih haluan hidupku sendiri tanpa memikirkan keluarga, tentu sebaliknya kerana aku bukan malaikat. Namun, bila hati tak pernah meronta inginkan kehidupan sebegitu aku bersyukur. Aku, yang selalu mengalah yang selalu menjaga hati. Yang paling gembira tatkala orang menerima bahagia, yang paling teruja bila orang dihujani rahmatNya, yang paling suka tengok orang tua bercinta. Aku dambakan reaksi keterujaan yang sama. Ya, itu salah tapi aku kan manusia. Tipu lah korang tak pernah rasa yang sama. Jangan harapkan balasan dari manusia, Allah ada. Percaya.  Kalau Ada jejaka yang bersedia di pintu gerbang sana pada usia aku 21tahun. Tolong,  Bahagialah untuk aku, yakinkan lah aku dan kalaupun nanti jalan yang aku pilih ini salah katakan  lah yang kalian masih bersama ku.


Ya Allah, tunjukkan lah jalan untukku.