Saturday, June 19, 2010

Team Softbal Selangor MSSM 2010


Hari terakhir di SM Agama Baling,Kedah. sebelum berangkat pulang ke Selangor. ini adalah Pengalaman yang tidak akan aku lupakan :')

20 sen yang kau beri.

aku baru sahaja menamatkan sesi sofbol untuk tahun 2010. Kejohanan Sofbol MSSM 2010 yang baru sahaja berakhir seminggu lalu sudah pun berlangsung dengan jaya nya di Baling, Kedah. satu pengalaman yang amat berharga bagi aku. sangat berbeza dengan pengalaman tahun lepas. aku sebagai salah seorang kontinjen sofbol Selangor berasa bangga menjadi sebahagian daripadanya,bangga mewakili tanah kelahiran ku sendiri. alhamdulillah. aku selamat pergi dan pulang. pengalaman ketika bermain untuk daerah juga adalah sesuatu yang istimewa.kecewa dengan hasil tempat kedua setelah tiga tahun berturut sebagai johan namun aku tetap berpuas hati dengan usaha setiap pemain. aku merindui setiap detik. aku merindui semua orang. ada yang aku ingin kongsikan tentang seorang hamba Allah. seorang suami kepada seorang wanita solihah yang cantik serta bapa kepada lima orang anak. wajahnya seakan ada cahaya, setiap kali aku memandang beliau. hati aku berasa tenang. perasaan itu hadir sejak tahun lalu, apabila suaranya sayup kedengaran apabila aku dimarahi jurulatih kerana tidak memasukkan baju kedalam seluar ketatku ketika perlawanan berlangsung *satu perkara yang diambil kira dalam permainan sofbol,kekemasan. suaranya tenang menyatakan, "tidak mengapa.dia malu" katanya. aku rasa difahami.dan beliau sangat memahami aku ketika aku benar benar ingin difahami. tahun ini beliau masih jurulatih kepada pemain sofbol lelaki. ya Allah, rakan rakan, jika ingin diceritakan indahnya beliau pasti hati kalian juga tertawan. aku benci keganasan, manusia yang panas baran, serta kekejaman.dan dia ada segalanya yang aku mahukan pada seorang lelaki. tahun ini berbeza, kehadirannya semakin aku nantikan. setiap kali beliau ada, aku bermain dengan tenang dan bersungguh. aku juga tidak mengerti kenapa. ketika di Kedah, apabila semua kontinjen sofbol Selangor turun makan, aku juga turut serta namun bukan sahaja dengan niat mengisi perut yang kosong malah dengan harapan dapat melihat cahaya beliau. itu lah aku lakukan setiap hari. guru guru serta pelajar lain juga turut mengagumi beliau dan mengakui tentang sikap nya yang budiman. beliau seorang lelaki yang bertanggungjawab, penyabar, penyayang,memahami dan penuh dengan budi bahasa. pernah aku mengajak beliau berbual secara tidak langsung ketika beliau duduk seorang diri di meja mengambil makanan. aku berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku, seakan aku tidak berminat padahal hati sudah berbunga. perbualan selama 15 min yang diluangkan akan aku simpan selamanya. apabila kejohanan sofbol MSSM 2010 tiba ke penghujungnya. aku sebak kerana inilah tahun terakhir dapat bermain untuk selangor, sedih berpisah dengan kawan kawan yang jauh, berlainan daerah dan tempat tinggal, kecewa kerana tidak lagi dapat melakukan rutin ku selama 4 minggu itu. aku bukan cuba merampas apa yang sudahpun dimiliki orang. aku cuma mengagumi beliau. aku idamkan lelaki begitu. salahkah? bukan yang sempurna atau yang memiliki istana. atau yang hatinya bak nabi Musa,atau bidadara tampan dari syurga. sedangkan aku juga seorang perempuan biasa yang penuh dengan khilaf dan dosa. benarkah wujud lelaki sebaik itu? adakah lelaki seperti beliau di luar sana untuk ku? layak kah aku dikurniakan lelaki sebaik itu? aku juga masih menyimpan 20sen yang beliau berikan setelah aku meminta dari beliau untuk mengisi air.aku menggunakan duit yang lain supaya dapat menyimpan 20sen yang di beri. semoga kau sentiasa bahagia di samping keluarga dan dirahmati oleh Allah. Amin.


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar kurniakan lah aku jodoh yang baik. yang akan mendorong aku ke arah kebaikan,yang akan memimpin aku ke jalan Mu ya Allah. yang akan mencintai aku seadanya, punyai sikap belas kasihan dan tanggungjawab, yang tidak lupa akan kebesaran Mu ya Allah.



p/s: Afiqah, SPM dulu! lol -.-