Saturday, September 26, 2009

Hari Raya 2009


Berlalu lah sudah ramadhan,sebulan berpuasa,dan dalam sebulan itu jugalah aku dikerah mengelap daun pisang sebanyak yang banyak untuk di jadikan alas membungkus nasi ambang. mak aku berniaga nasi ambang kat bazar. ceyh*bangga je -.- . alhamdulillah,dengan sambutan yang amat menggalakkan dan memikirkan habuan yang akan diterima, benar benar mematikan perasaan penat. Raya tahun ini disambut sederhana oleh aku dan keluarga di kediaman kami. touching habis lah dengar takbir raya. raya kedua baru balik kampung di masai,Johor. raya tahun ini agak bosan,tak tahu lah kenapa tapi aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan merayakan Aidilfitri ini dengan keluarga yang aku kasihi.okok. Pada 25.09.2009, kami (Nana,Eqa,Ada,aku) mengadakan sesi menayang baju raya di putra height, lagipun niat memang nak jumpa mak cik mak cik tu. rindu benar aku dengan mereka. seronok habis,dengan ada photographer yang dibawa khas oleh Nana, Amir Afiq. memang posing habis lah. tuhan saja yang tahu kepenatan yang dialami, dan mereka lah manusia yang paling bersabar melayan kerenah aku. terima kasih kepada Eqa,Nana,Ada dan Amir.

Selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.
-Nur Afiqah bt A Jalil.







setibanya di rumah eqa, aku disambut dengan budak comel ini yang bernama Izat Irfan, yang paling aku ingat sementara tunggu Eqa bersiap aku sempat mengusiknya dengan bertanya, "Irfan sayang AJ?" lalu dia berkata "sayang".haha.




poyo habis lah haha


No comments:

Post a Comment