Friday, April 30, 2010

Tentang seseorang,

Walaupun hari, berganti hari. kau tetap di hati.



*jiwangnya -.-

Katak

Masa tidak berhenti berlari, mentari masih terus menyinari, bulan teman yang sejati. hari hari aku terus seperti biasa,dipenuhi dengan aktiviti, sukan, belajar, makan,minum,mandi, jatuh,bangun. tempoh hari aku menyertai pertandingan membedah katak sempena bulan sains dan matematik di sekolah. buat pertama kali nya aku menyertai pertandingan berunsurkan sains bersama rakan sekelas, Syazreen,Vinosha dan Azmeera. cehh. dengan itu, aku dipertanggungjawabkan untuk membawa katak.dengan semangat yang berkobar kobar,aku meminta ibu untuk membawa aku ke kedai menjual katak,kedai ikan lah kan tak kan kedai basikal. namun, hampa, katak yang terdapat di kedai itu kecil belaka,malah aku tidak yakin dapat melihat organ didalamnya. tuan kedai mencadangkan aku mencari di kedai makan cina. aku dengan membawa harapan didalam hati terus menuju ke kedai makan cina. lalu,tauke kedai itu berkata. ohhh kataaakkk? tarak tarak. pulanglah aku dengan hati yang hampa. namun kebetulan masa itu selepas hujan dan mak long pula ada dan dia sahajalah yang berani memegang katak tanpa beralas.aku tidak mencari katak sendirian, mujur ada jihan dan edet menemani aku mencari katak di tepi rumah dan di padang, jihan jumpa seekor namun ketika edet menghampiri katak tersebut dan menunggu mak long untuk sampai ke tempat kejadian, melenyapkan katak tersebut dari pandangan. aku tidak berputus asa, masih lagi terus mencari. Katak katak itu seakan tahu akan dibedah lantas hanya duduk di bawah tempurung. lol. akhirnya ibu mencadangkan agar membeli sahaja katak yang terdapat di kedai tadi. dan aku akur. sayang nya aku pada katak itu, aku belikan haiwan itu sebuah akuarium plastik besar yang luas hanya untuk seekor itu berharga rm12. keesokan hari nya, tiba masa untuk aku dan kumpulan lain membedah-bedah. ada yang membedah tikus. besar dan menggelikan.erk. selepas binatang masing masing dipengsankan. kami membentangkan haiwan kami dan mula membedah. aku tidak membedah katak yang aku beli tetapi aku membedah katak yang dibawa oleh kawan dari kumpulan lain. akhir nya, katak dibedah dengan sempurna, menerokai ciptaan Allah, mengakui kebesaranNya, subhanallah. katak yang aku bawa tadi aku lepas kan di kolam sekolah. kesimpulannya, setelah bersusah payah mencari katak,akhirnya aku lepaskan jua.
motif nya ialah, tatkala hati mesti melepaskan sesuatu dengan redha meskipun ianya adalah sesuatu yang kita benar benar inginkan. hmm. macam tak da kena mengena je kan?lol




p/s:apa yang tidak akan aku lupa ialah menyaksikan sendiri degupan jantung katak yang masih berdenyut ketika sedang dibedah. waaa BATAK GILAA :)