Saturday, October 17, 2009

Penelope

Penangan cerita penelope yang aku tonton tempoh hari masih terlekat di minda. ya kawan kawan, aku tahu bahasawanya ceritu itu sememang nya sudah berabad namun aku baru berkesempatan menonton cerita itu rabu lepas. oleh kerana kebosanan yang melanda, sudah lah memonteng sekolah, salah satu cara mengisi masa lapang ialah menonton televisyen. okok. cerita tersebut mengisah kan tentang seorang gadis bernama penelope yang terpaksa menjadi mangsa sumpahan yang dilakukan oleh ahli sihir yang berdendam dengan moyang kepada moyang kepada moyang nya.sumpahan terhadap gadis yang dilahirkan dengan hidung khinzir sedari keluar dari perut ibu nya akan hilang sekiranya ada yang menerima dirinya seadanya. apa yang buat aku masih teringat pada cerita itu cuma satu. wujudkah manusia yang menerima manusia lain seadanya? akan adakah lelaki untuk aku yang menerima dan mencintai aku seadanya satu hari nanti? wujudkah? aku tidak sempurna,tiada manusia yang sempurna. penghabisan cerita itu ialah, hidung nya tidak lagi kelihatan seperti khinzir malah bertukar menjadi hidung seperti hidung manusia lain setelah dirinya sendiri menerima dirinya seadanya.selepas menonton cerita itu, aku mengiyakan bahawa tidak perlulah kita mengharapkan orang lain menerima kita seadanya sedangkan kita masih mengeluh dan tidak bersyukur di atas kurniaan Nya.
Nur Afiqah, speak for yourself. haha

No comments:

Post a Comment