Monday, October 12, 2009

Jiwa berdendam, hati menangis.

merujuk kepada tajuk,ternyata aku masih marah memikirkan perkara yang berlaku tempoh hari. setelah seharian menunggu keputusan penyakit yang dihadapi abang kandung aku, ibu memberitahu kami supaya balik ke rumah kerana abang ditahan di wad dan ibu akan duduk menemani abang di hospital selama beberapa hari. mujur ada jihan bersamaku pada saat itu, menemani aku dari pagi hingga ke petang,walaupun terkadang sikapnya amat menjengkelkan namun aku masih perlukan dia untuk berada di sisi aku selalu. pegawai hospital itu sangat lah kerek,kami meminta izin dengan baik untuk masuk berdua berjumpa ibu dan abang namun di tolak dengan kurang sopan dan hanya membenarkan salah seorang dari kami untuk masuk ke dalam wad sementara itu. mungkin itu peraturannya dan kami akur tetapi bukan kah budi bahasa budaya kita? kami terima jika permintaan kami ditolak dengan baik tetapi disebabkan sikap pegawai itu aku memandangnya dengan perasaan menyampah dan geram sambil mengucapkan terima kasih dengan senyum kambing terukir di bibir. jihan mengalah dan menyuruh aku masuk untuk berjumpa ibu.keadaan di dalam wad sementara yang seram membuat aku lupa perasaan marah terhadap pegawai tadi. melihat abang terlantar dengan wajah yang semakin cengkung dan badan yang semakin kurus membocorkan pipi aku lalu mengalir air suam dari mata. mujur kakak saudara kami yang tinggal di Serdang melapangkan dada untuk menghantar kami ke stesyen ktm berdekatan. keadaan di stesyen itu yang sesak dengan manusia lain membuat hati aku gementar. maklumlah, tempat tersebut tidak pernah lagi aku singgah. kepenatan semakin dirasai apabila terpaksa berdiri sepanjang menunggu train tiba, diikuti pula dengan perasaan marah apabila penumpang train didalam train tidak mahu memenuhi ruang didalam train padahal kekosongan tempat pemegang untuk penumpang yang berdiri didalam train tersebut sangat lah nyata kelihatan dari luar. aku terpaksa redha apabila terpaksa menunggu train berikutnya. kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menumbuk manusia yang mementingkan diri mengahalang laluan manusia lain untuk masuk. tidak kah mereka fikir perasaan manusia lain? selepas beberapa minit train yang aku nanti-nantikan tiba. tempat duduk kosong didalam train itu seakan-akan memang disediakan untuk aku. jihan kata, berkat bersabar. hari semakin gelap, dan akhirnya kami tiba di destinasi di mana izni sedang menuggu untuk menjemput kami pulang. hari ini masuk hari yang ke tiga abang di hospital. hati aku marah. hati aku benci. hati aku sayu. hati aku sunyi. hati aku sayang.hati aku rindu. namun, aku hanya mampu berdiam.

luka dihati masih berdarah.
sakit nya luka belum terubat
pedihnya sakit masih terasa, seakan tidak mahu pergi walau sedikit.
hati yang pedih masih merana.
Alif Sufian, bertahan lah.jangan pergi jauh, bukan sekarang. semoga cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment