Saturday, October 17, 2009

17.10.2009

Hari ini merupakan sambutan perayaan hari deepavali bagi pengganut Hindu. Happy Deepavali.
semestinya lah aku tak sambut sebab aku bukan pengganut hindu. cuma aku rakyat Malaysia yang kisah tentang 1Malaysia.*lahh sangatttt. aha. sementara mereka menyambut Depavali aku pergi ke rumah pak cik saudara aku. oleh kerana kerap ke sana, ayah aku menggelarnya rumah pak cik mid (sunway pyramid). di sana aku berjalan seorang diri, kerana aku tidak mahu berjalan dengan Jihan dan kekasih nya, apatah lagi melihat kemesraan mereka. aku tidak mahu mengaku yang sebenarnya aku kagum berserta cemburu melihat kesetiaan seorang lelaki kacak terhadap seorang perempuan biasa yang luar biasa, sedangkan lelaki itu ternyata mampu menambat hati si jelita yang seksi dan bergaya namun dia memilih untuk setia. fuhh. aku meneruskan hidup aku dengan berjalan seorang diri mencari sesuatu untuk diri aku. ternyata aku memang susah untuk jatuh cinta kerana aku hanya berminat dan membeli sehelai sahaja baju yang berwarna merah. takoyaki yang sungguh seksi membuatkan aku lupa yang aku sedang menikmati nya seorang diri. selain itu,ada pula manusia lain yang memandang aku,seakan aku merupakan seorang perempuan yang paling malang didunia. demi mengisi masa yang terluang aku memilih untuk menonton filem papadom. cerita itu tidak kurang hebatnya. kelakar sungguh sehingga tegang bulu hidung aku merasakan kegelian hati. kesepian semakin terasa apabila tempat duduk di sebelah kiri dan kanan aku tiada orang. pada masa itu, aku terasa seperti manusia yang berpenyakit dan harus dijauhi.tidak mengapa. bila diingatkan aku bersyukur kerana tidak menangis seperti suatu ketika dahulu iaitu menangis apabila mendapati keluarga aku hilang dari pandangan di pusat membeli belah. aku bukan lagi kanak kanak kecil, aku harus terus berjalan walau seorang diri. hah, orang lain pun pernah berjalan sendiri namun aku suka untuk berkongsi. hoho *poyo.


sebelum pergi itu, teringat pula kepada sebuah lagu yang seakan memerli diri ini.gahhhhh
shontelle-tshirt.

No comments:

Post a Comment