Thursday, July 31, 2014

Janji

yang datang menyapa gadis itu keseluruhannya ada lima. namun dia tetap tunggu satu yang dia janji untuk setia tunggu. Malangnya, Gadis itu dipersia setelah pilih untuk setia.

Alahai babi nya.

Pada zaman dahulu, Ada seorang puteri raja yang rupawan, hanya dibenarkan keluar ke taman bunga selang 3 gerhana, masa yang dia ada cuma dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari. Separa hidupnya terkurung didalam kotak mindanya sendiri, dan seumur usianya dihabiskan menunggu hari dia dibenarkan keluar lagi. dia punya kekasih hati yang berjanji untuk sehidup semati sedari umur mereka 12 tahun. Meskipun kekasih hati nya itu berhenti menemui nya pada usia dia mencecah 16, namun puteri tetap tidak berpaling dan menunggu hari tersebut untuk berjumpa kekasih hatinya. Sehari sebelum tibanya hari yang dinanti, puteri akan berdoa kepada Allah lebih kuat dari yang sebelum nya agar Allah yang memiliki hati sekelian makhluk supaya menggerakkan hati kekasih hati nya itu, untuk datang berjumpa nya.
Kini puteri berusia 27 tahun, sebelum tiba nya hari yang dinanti, penjaga nya akan bertanya jika dia mahu membuka pintu kepada pemuda pemuda yang sentiasa ingin berjumpa dan berkenalan dengan nya, namun puteri menolak kerana masih berpegang pada janji itu, janji yang dibina pada usia nya 12 tahun.

Hari yang dinanti menjelang tiba, puteri masih menanti ditempat yang sama, membawa keterujaan dan harapan yang lama. malangnya, pucuk dicita ulam mendatang. Hari nya itu berakhir dengan berkecamuk hati dan tangisan.
Setelah puas menangis puteri tersenyum dan bekata, "barangkali dia lupa, mungkin bukan hari ini, mungkin satu hari nanti"





Ayahanda nya berkata, "apalah kamu tahu tentang makna janji pada usia 12 tahun" lalu dia menjawab, "aku tahu makna janji dan aku faham apa yang aku janji, lebih daripada orang dewasa yang sering menabur janji tanpa berfikir lalu mengkhianatinya."



Kenapa kekasih hati nya tak muncul muncul?
Sebab dia manusia yang lupa janji. menemui cinta lain ketika dalam perjalanan pulang menemui tuan puteri.

Janji bukan mainan, Ada orang tahu apa yang dia janji, ada orang lupa. ada orang menabur dengan mudah nya tanpa memikirkan betapa janji itu mampu merubah kehidupan seseorang. apa lah guna berjanji, kalau tak ditepati?

Cerita ini tiada kena mengena dgn yang hidup atau yang telah. rekaan semata. sekian.

1 comment: