Thursday, July 17, 2014

Destinasi

terkecil hati dengan sesetengah pemikiran seperti berikut:
"time bujang ni lah nak enjoy"
"lebih baik buat semua sebelum kahwin nanti susah"
"kalau nak beli motor besar baik beli sekarang, tak kahwin pun tak apa"
"dah kahwin nanti susah nak buat apa apa nak travel duit kena untuk anak anak"


mewakili suara sebuah hati;
"adakah aku ini beban pada kamu yang menghalang kamu untuk merasa bahagia? ada kah aku pemusnah segala impian dan cita cita? dan setelah kamu mengahwini ku, ada kah aku akan menjadi penghalang untuk kamu terus hidup? "

Sebagai hamba Allah, aku percaya yang hidup ini ada satu tujuan. mencari keredhaan Allah. ada lagi tujuan yang lebih penting dari itu? ajar aku bila aku salah. 

Surah An Nur : 32 "dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang orang yang soleh dari hamba hamba kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya kerana Allah (maha luas limpah dan kurnian Nya) lagi maha mengetahui


Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. aku yakin wujud individu yang menganggap aku adalah destinasi. menepis segala kerana aku adalah destinasi. dia percaya yang aku lah  tunggangan yang membawanya ke destinasi. bukan bebanan dan batu penghalang ke destinasi.

Aku juga manusia biasa yang penuh dgn khilaf dan dosa. dan Setiap kali aku rasa nak enjoy habis habisan, mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan keluarga, apa kata tanya diri sejenak; apakah tujuan asal kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini? 

No comments:

Post a Comment