Sunday, July 13, 2014

Abadi

Anggap aku sebuah tragedi indah yang pernah singgah, atau pelangi petang yang datang selepas hujan, atau pengajaran yang takkan kau ulangi,  atau bintang yang tak kan kau gapai lagi, atau bulan terang yang hanya kau pandang setiap malam, atau buku usang yg berhabuk takkan kau baca lagi, atau mimpi indah di siang hari, atau sayap yang pernah buat kau terbang tinggi atau kalimah sakti yang dulu pernah menjadi ubat tatkala sepi, atau pemanis selepas hidangan yang kau termakan basi,  atau cerek panas yang takkan kau sentuh lagi, atau lagu yang bila kau dengar terukir senyum sendiri atau lirik yang terdapat di kotak hati. atau lukisan yang kau pandang kosong. Biar kosong






cuma aku mohon satu; jangan anggap aku sesuatu yang kau sesali.

No comments:

Post a Comment