Tuesday, November 18, 2014

mimpi

Manusia. Kita selalu harapkan orang akan buat macam apa yang kita sanggup buat. Bodoh.
Contoh nya, disebabkan takut kena korbankan rm60 LAGI untuk melepaskan kereta dari di clamp, aku gigih parking dekat pintu masuk kolej yang jauh nya dari fakulti lebih kurang 3km. dalam hati kata, “TAK APA” , sebab aku percaya nanti ada hati mulia yang nak memberhentikan kereta memendekkan perjalanan kaki aku yang 3 km dan mengambil masa 10 min. sebab nak pergi kelas pagi tu aku gigih berjalan mengharapkan ada tuan kereta yang berhati mulia nak tumpangkan gadis berbaju kurung hitam tudung coklat. Kadang bila ‘expectation kita terlalu tinggi’ jatuh nya lebih parah dari sakit gigi? kan?
Setiap kali bunyi kereta aku menoleh dan berhenti dari berjalan mengharapkan belas kasihan manusia lain yang punyai kenderaan 4roda. Malangnya sepanjang 3km 10 minit perjalanan panjang ke fakulti tiada satu kenderaan pun yang berhenti, berlecak lah badan ke kelas hospitality dengan berkecamuk hati.
Ya, mungkin kedengarannya seperti meminta simpati kerana itu lah agaknya niat asal. Mengharapkan belas kasihan manusia yang rambut sama hitam.
“what makes you think that way?”
Kerana sebagai aku, kalau aku lah di tempat mereka, aku akan berhenti tumpangkan seorang perempuan berbaju elok bertudung coklat didalam kawasan kolej yang berjalan pada 8.15pagi. (kecualilah yang mengurai rambut berbaju putih tak nampak mata)
Kadang kita ni selalu mengharapkan sesuatu yang tak mungkin, kita harapkan kita terima sejambak bunga ros setiap hari selasa dari kekasih hati, kita harap kita bangun tidur di Bali dengan sarapan diatas katil menikmati nya sambil mendengar deruan ombak dan menghadap matahari pagi. Kita harap kita bangun tidur ada orang bagi dua ratus ribu untuk dihabiskan dalam sehari, kita harap kekasih hati buatkan kek bawak belon dan aiskrim depan rumah pukul 12tgh malam pada hari jadi. Hakikatnya,tak mungkin terjadi.
Kita ingatkan gf balik kerja terus tidur rupanya tidur di rumah si jantan.Kita harapkan suami balik kerja terus cium kita yang ter tidur atas sofa sebab tunggu dia balik kerja, kita sangka suami tekun main candy crush merenung phone dengan gigih., Kita percaya boyfriend layan whatsapp group (katanya) sampai 4 pagi. Bila sebenarnya tengah bermain cinta dengan janda anak tiga.
Lebih sadis lagi, kau korbankan maruah diri, kau biar harta kau dijilat kumbang.kau tinggalkan keluarga, impian serta cita-cita. kau lupakan pengorbanan orang yang separuh mati mengasihi kau sebab kau harap dengan melakukan itu kau akan bahagia. tekad berpegang pada janji manusia yang kononnya cinta mati itu ke Lombok, sedangkan kau dilayan seperti balaci, ditengking seperti anjing dan dianggap binatang tidak punya hati
Kita harap kan segala yang baik dari orang kita sayang sebab itu yang kau sanggup buat. Kan?

Tapi dik, hidup ni realiti. Apa yang kau harap kan itu mimpi.

No comments:

Post a Comment