Majlis tamat. orang yang tadi ramai kian reda. semua pulang meneruskan agenda masing masing. tinggal lah Rogayah masih berkebaya
Rogayah datang sendirian, tanpa ada orang untuk dikongsi kemenangan
tanpa ada orang untuk dibanggakan
Sedang Rogayah termenung merasa kosong, beliau terpandang ke satu sudut dimana terdapat salah seorang wanita (peserta ratu kebaya) memimpin tangan seorang lelaki sasa mendukung seorang kanak kanak perempuan.
Lelaki sasa itu mengucup dahi nya berulang kali sambil memuji kecantikan wanita itu.
Lelaki sasa itu mengucup dahi nya berulang kali sambil memuji kecantikan wanita itu.
Rogayah tersenyum sinis sambil bertanyakan kepada dirinya sendiri;
Siapakah juara sebenar?
Menang itu adalah perkataan yang umum. kadang kita rasa johan merentas desa adalah juara, No1 didalam kelas adalah juara, dikenali seluruh pelusuk dunia adalah juara, mempunyai followers insta/twitter beribu adalah juara.
walhal pada aku, menghabiskan larian merentas desa itu adalah juara, menamatkan pelajaran dengan sahsiah diri yang baik adalah juara, mempunyai kawan yang ikhlas dan jujur meskipun sedikit adalah juara.
Walau apa pun,setiap orang punyai pandangan masing masing.
Aku cuma mahu ada seorang yang memuja aku. punyai keluarga, kerjaya dan kebahagiaan.
kerana pada aku ya,
memiliki sekian sekian adalah juara
kerana pada aku ya,
memiliki sekian sekian adalah juara
No comments:
Post a Comment