Manusia. Kita selalu harapkan orang akan buat macam apa yang
kita sanggup buat. Bodoh.
Contoh nya, disebabkan takut kena
korbankan rm60 LAGI untuk melepaskan kereta dari di clamp, aku gigih parking
dekat pintu masuk kolej yang jauh nya dari fakulti lebih kurang 3km. dalam hati
kata, “TAK APA” , sebab aku percaya nanti ada hati mulia yang nak
memberhentikan kereta memendekkan perjalanan kaki aku yang 3 km dan mengambil
masa 10 min. sebab nak pergi kelas pagi tu aku gigih berjalan mengharapkan ada
tuan kereta yang berhati mulia nak tumpangkan gadis berbaju kurung hitam tudung
coklat. Kadang bila ‘expectation kita terlalu tinggi’ jatuh nya lebih parah
dari sakit gigi? kan?
Setiap kali bunyi kereta aku
menoleh dan berhenti dari berjalan mengharapkan belas kasihan manusia lain yang
punyai kenderaan 4roda. Malangnya sepanjang 3km 10 minit perjalanan panjang ke
fakulti tiada satu kenderaan pun yang berhenti, berlecak lah badan ke kelas
hospitality dengan berkecamuk hati.
Ya, mungkin kedengarannya seperti
meminta simpati kerana itu lah agaknya niat asal. Mengharapkan belas kasihan
manusia yang rambut sama hitam.
“what makes you think that way?”
Kerana sebagai aku, kalau aku lah
di tempat mereka, aku akan berhenti tumpangkan seorang perempuan berbaju elok
bertudung coklat didalam kawasan kolej yang berjalan pada 8.15pagi. (kecualilah
yang mengurai rambut berbaju putih tak nampak mata)
Kadang kita ni selalu mengharapkan
sesuatu yang tak mungkin, kita harapkan kita terima sejambak bunga ros setiap
hari selasa dari kekasih hati, kita harap kita bangun tidur di Bali dengan
sarapan diatas katil menikmati nya sambil mendengar deruan ombak dan menghadap
matahari pagi. Kita harap kita bangun tidur ada orang bagi dua ratus ribu untuk
dihabiskan dalam sehari, kita harap kekasih hati buatkan kek bawak belon dan
aiskrim depan rumah pukul 12tgh malam pada hari jadi. Hakikatnya,tak mungkin
terjadi.
Kita ingatkan gf balik kerja terus
tidur rupanya tidur di rumah si jantan.Kita harapkan suami balik kerja terus
cium kita yang ter tidur atas sofa sebab tunggu dia balik kerja, kita sangka
suami tekun main candy crush merenung phone dengan gigih., Kita percaya
boyfriend layan whatsapp group (katanya) sampai 4 pagi. Bila sebenarnya tengah
bermain cinta dengan janda anak tiga.
Lebih sadis lagi, kau korbankan
maruah diri, kau biar harta kau dijilat kumbang.kau tinggalkan keluarga, impian
serta cita-cita. kau lupakan pengorbanan orang yang separuh mati mengasihi kau
sebab kau harap dengan melakukan itu kau akan bahagia. tekad berpegang pada
janji manusia yang kononnya cinta mati itu ke Lombok, sedangkan kau dilayan
seperti balaci, ditengking seperti anjing dan dianggap binatang tidak punya
hati
Kita harap kan segala yang baik
dari orang kita sayang sebab itu yang kau sanggup buat. Kan?
Tapi dik, hidup ni realiti. Apa yang
kau harap kan itu mimpi.
No comments:
Post a Comment