Bila korang dapat jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran
yang berusia 21 tahun , apakah reaksi anda?
Mostly:
“baru 21 tahun dah kahwin???? Tah tahan sangat lah tu”
“pregnant kot”
“laki dia mesti kaya”
“awal nya kahwin tak habis enjoy lagi kot.”
Tak tahan sangat lah tu? Like seriously? Buka lah mata, pernah kah kalian Tanya apa yang tuan punya badan rasa? Cuba kalau niatnya untuk menjaga maruah diri. Menjaga nama ayah dan ibu nya, dan bagaimana pula jika niat dia menjaga nama baik agama. apa korang kata?
“bullshit, orang muda apa yang dorang fikir”
Kematangan seseorang itu bukan bergantung pada usianya namun apa yang telah dia lalui. Rambut sama hitam, hati lain lain. Apa kata daripada berkata buruk kita doakan kebahagian mereka. Salahkah?
Aku berusia 21 tahun, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
sempurna kerana bagiku cukup segala. Tiada cela. Kasih sayang yang keluarga
tanam sedari kecil dirangkul kemana aku pergi. Hidup aku normal. Pada usia 21, masih menjaga. Belum pernah
pergi kelab, minum,merasa mabuk,dadah, ke parti buih. Alhamdulillah. Tak pernah
sentuh. maaf kalau membangga tak ada niat melukai sesiapa. seriously im not trying to say that im good. Manusia kalau dipamerkan aib di wajah tentu tiada sesiapa yang sanggup memandang antara satu sama lain. Aku juga manusia. Aku? Kalau aku pilih haluan hidupku sendiri tanpa memikirkan keluarga,
tentu sebaliknya kerana aku bukan malaikat. Namun, bila hati tak pernah meronta
inginkan kehidupan sebegitu aku bersyukur. Aku, yang selalu mengalah yang
selalu menjaga hati. Yang paling gembira tatkala orang menerima bahagia, yang
paling teruja bila orang dihujani rahmatNya, yang paling suka tengok orang tua
bercinta. Aku dambakan reaksi keterujaan yang sama. Ya, itu salah tapi aku kan manusia. Tipu lah
korang tak pernah rasa yang sama. Jangan harapkan balasan dari manusia, Allah
ada. Percaya. Kalau Ada jejaka yang
bersedia di pintu gerbang sana pada usia aku 21tahun. Tolong, Bahagialah untuk aku, yakinkan lah aku dan
kalaupun nanti jalan yang aku pilih ini salah katakan lah yang kalian masih bersama ku.
Ya Allah, tunjukkan lah jalan untukku.
No comments:
Post a Comment