Saturday, November 6, 2010
Dia sentiasa cantik di mata saya
malam ini sejuk seperti hati ini yang terus dingin. bintang yang biasanya menemani bulan pada malam hari tidak kelihatan. mugkin kerana hujan yang bakal turun. hati sayu melihat ibu yang menyuarakan rasa bahawa rambut beliau yang sudah semakin gugur serta pandangan yang sudah mulai kabur. ibu sentiasa indah di mata ku. tak dapat ku lihat cela nya. sedari kecil,ibu lah sahabat, ibu lah ratu hatiku. ibu lah tangan yang memimpin, tidak dapat digambarkan betapa aku mencintaimu ibu. tiada kata kata yang mampu menggambarkan keindahan mu. kau lah anugerah tuhan yang berharga. dan setiap detik aku bersyukur kerananya. satu hari nanti, aku berdoa agar pada usia anak ku mencecah usiaku yang sekarang, dia akan dapat merasai perasaan kasih terhadap ku sepertimana perasaan ku terhadap ibu ku. apabila aku meningkat dewasa, aku mulai belajar menilai antara kaca dan permata. melepaskan pergi dan menerima. namun satu yang aku pasti, cintaku terhadap mu wahai bonda tidak pernah akan pudar walau sedikit.tidak akan. doakan lah kejayaan anakanda mu ini,ibu. terima kasih diatas segalanya.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku.serta kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka terhadapku sedari aku masih kecil. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I like your blog! I just can't stop myself from scrolling down!
ReplyDeleteKeep on writing because I'll keep reading!
AJ sayangg , follow aku balek ea . muah!
ReplyDeletethank you Kehoe Cheong :)
ReplyDelete