Friday, April 30, 2010

Tentang seseorang,

Walaupun hari, berganti hari. kau tetap di hati.



*jiwangnya -.-

Katak

Masa tidak berhenti berlari, mentari masih terus menyinari, bulan teman yang sejati. hari hari aku terus seperti biasa,dipenuhi dengan aktiviti, sukan, belajar, makan,minum,mandi, jatuh,bangun. tempoh hari aku menyertai pertandingan membedah katak sempena bulan sains dan matematik di sekolah. buat pertama kali nya aku menyertai pertandingan berunsurkan sains bersama rakan sekelas, Syazreen,Vinosha dan Azmeera. cehh. dengan itu, aku dipertanggungjawabkan untuk membawa katak.dengan semangat yang berkobar kobar,aku meminta ibu untuk membawa aku ke kedai menjual katak,kedai ikan lah kan tak kan kedai basikal. namun, hampa, katak yang terdapat di kedai itu kecil belaka,malah aku tidak yakin dapat melihat organ didalamnya. tuan kedai mencadangkan aku mencari di kedai makan cina. aku dengan membawa harapan didalam hati terus menuju ke kedai makan cina. lalu,tauke kedai itu berkata. ohhh kataaakkk? tarak tarak. pulanglah aku dengan hati yang hampa. namun kebetulan masa itu selepas hujan dan mak long pula ada dan dia sahajalah yang berani memegang katak tanpa beralas.aku tidak mencari katak sendirian, mujur ada jihan dan edet menemani aku mencari katak di tepi rumah dan di padang, jihan jumpa seekor namun ketika edet menghampiri katak tersebut dan menunggu mak long untuk sampai ke tempat kejadian, melenyapkan katak tersebut dari pandangan. aku tidak berputus asa, masih lagi terus mencari. Katak katak itu seakan tahu akan dibedah lantas hanya duduk di bawah tempurung. lol. akhirnya ibu mencadangkan agar membeli sahaja katak yang terdapat di kedai tadi. dan aku akur. sayang nya aku pada katak itu, aku belikan haiwan itu sebuah akuarium plastik besar yang luas hanya untuk seekor itu berharga rm12. keesokan hari nya, tiba masa untuk aku dan kumpulan lain membedah-bedah. ada yang membedah tikus. besar dan menggelikan.erk. selepas binatang masing masing dipengsankan. kami membentangkan haiwan kami dan mula membedah. aku tidak membedah katak yang aku beli tetapi aku membedah katak yang dibawa oleh kawan dari kumpulan lain. akhir nya, katak dibedah dengan sempurna, menerokai ciptaan Allah, mengakui kebesaranNya, subhanallah. katak yang aku bawa tadi aku lepas kan di kolam sekolah. kesimpulannya, setelah bersusah payah mencari katak,akhirnya aku lepaskan jua.
motif nya ialah, tatkala hati mesti melepaskan sesuatu dengan redha meskipun ianya adalah sesuatu yang kita benar benar inginkan. hmm. macam tak da kena mengena je kan?lol




p/s:apa yang tidak akan aku lupa ialah menyaksikan sendiri degupan jantung katak yang masih berdenyut ketika sedang dibedah. waaa BATAK GILAA :)

Saturday, March 27, 2010

What's her name?

sukar bagi aku menerima kenyataan bahawa dia yang kau mahukan. namun apa lagi yang bisa aku lakukan selain menyaksikan kau memandang dia dengan penuh keikhlasan dan harapan. aku sendiri tidak mengerti mengapa kau tidak pernah pudar sedangkan melihat kebahagiaan kau bersama dia sudah cukup meyakinkan aku untuk meneruskan hidup tanpa menoleh kebelakang.sudah lah Afiqah, sudah lah.apa yang telah berlaku itu sudah pun berlaku.


p/s: you seems happier now. congrats. seriously, im happy for you.

Thursday, January 28, 2010

Bila cinta bertukar benci.

Setelah sekian lama mendiam kan diri tidak membloggy, akhirnya terpacul idea setelah membaca 'caption' di surat khabar tempoh hari. kini, media massa dan media elektronik sering menyiarkan berita tentang perceraian, pergaduhan, pengkhiatan dan keganasan. aku yang berusia 17tahun,semakin rimas dengan isu yang benar benar membimbangkan ini. aku rasa seperti ditarik untuk menyuarakan pendapat aku tentang satu isu yang sedang hangat diperkatakan kini. perpisahan. apabila cinta bertukar benci, dulu, kaulah segalanya, kini kau pergi lah mati, sedangkan dia yang dulu nya pernah kita sanjungi, dialah yang pernah meletakkan senyuman dan mewarnai hari kita.malah, dialah pelangi, dia lah bahagia,dia lah dihati. setelah itu, bahagiakah kau melihat dia menderita? apa salahnya hanya mendiamkan diri tanpa membuka aib seseorang? sesungguhnya, aku tidak mengerti. aku juga adalah manusia biasa , yang tatkala wujud perasaan marah dan dendam namun aku sedar bahawa ia hanya pembaziran masa, hidup ini terlalu singkat untuk asyik memikirkan dendam yang harus dibalas justeru membiarkan arusan masa yang berharga terus berlalu dengan sia sia.bukan nak tunjuk baik tapi, chill lahh. aku selalu mengigatkan diri aku tentang hukum dunia yang berbunyi "what goes around comes around", so chill lahh.

Tuesday, October 27, 2009

After all, I still love you.





Ini adalah perkara yang dilakukan aku apabila kebosanan yang tidak dapat dibendung melanda semasa ujian sejarah kertas2 selama 2jam setengah, aku yang sudah berputus asa menjawab sejam awal ternganga lah memikirkan apa yang harus dilakukan. disebab kan tidak dibenarkan beridiri,berjalan,menonggeng dan membuat bising aku menconteng kononnya meluahkan isi hati. gahh. mau nya mata terlelap tapi aku tahan kerana takut air liur meleleh di atas kertas jawapan. selepas rehat dihidangkan pula dengan kertas matematik2, soalannya susah gila seakan mahu membunuh. perasaan itu seakan baru semalam. Hati, bersabarlah. otak, berfungsilah. semoga aku terus tabah untuk menjawab kertas matapelajaran seterusnya.
semasa sedang termenung jauh menunggu jam loceng menandakan waktu balik sekolah berbunyi, teringat kepada sebuah yang mendalam maksudnya bagi aku.
tak mengapa-A. Rahman Hassan. haha. jiwang? i am.


Sunday, October 18, 2009

Bosan.

pada satu petang yang bosan. aku melepak bersama Hirzi dan Jihan di kawasan rumah.sememangnya mereka memang teman aku sedari kecil. apa yang dicadangkan aku, merekaaa layann. terima kasih kepada Jihan,sebagai jurukamera serta Hirzi. aku, poyo kan? kutuk lah kalau kamu orang nak kutuk. serious.