Thursday, January 28, 2010
Bila cinta bertukar benci.
Setelah sekian lama mendiam kan diri tidak membloggy, akhirnya terpacul idea setelah membaca 'caption' di surat khabar tempoh hari. kini, media massa dan media elektronik sering menyiarkan berita tentang perceraian, pergaduhan, pengkhiatan dan keganasan. aku yang berusia 17tahun,semakin rimas dengan isu yang benar benar membimbangkan ini. aku rasa seperti ditarik untuk menyuarakan pendapat aku tentang satu isu yang sedang hangat diperkatakan kini. perpisahan. apabila cinta bertukar benci, dulu, kaulah segalanya, kini kau pergi lah mati, sedangkan dia yang dulu nya pernah kita sanjungi, dialah yang pernah meletakkan senyuman dan mewarnai hari kita.malah, dialah pelangi, dia lah bahagia,dia lah dihati. setelah itu, bahagiakah kau melihat dia menderita? apa salahnya hanya mendiamkan diri tanpa membuka aib seseorang? sesungguhnya, aku tidak mengerti. aku juga adalah manusia biasa , yang tatkala wujud perasaan marah dan dendam namun aku sedar bahawa ia hanya pembaziran masa, hidup ini terlalu singkat untuk asyik memikirkan dendam yang harus dibalas justeru membiarkan arusan masa yang berharga terus berlalu dengan sia sia.bukan nak tunjuk baik tapi, chill lahh. aku selalu mengigatkan diri aku tentang hukum dunia yang berbunyi "what goes around comes around", so chill lahh.
Subscribe to:
Posts (Atom)