Thursday, August 20, 2009
jangan pergi jauh, saya rindu.
duduk dengan dua orang manusia ini tidak sah kalau tak ketawa gila gila. thanks Eqa & Nana. aku sayang korang berdua.
Monday, August 10, 2009
hujung minggu.
buat pertama kalinya aku menghabiskan hujung minggu aku di hospital. melawat kawan baik aku,Natasha. menerima pesanan ringkas dari nya membuatkan aku benar benar bimbang. Sha, kak ika betul betul risau gila kalau nak tahu. gagal menghubunginya,
mujur abangnya bagi no tel ayah mereka. tekad je call ayah mereka menanyakan keadaan Natasha, hospital mana, bilik no berapa. bersyukur sangat ada izni yang sangat memahami dan sudi untuk menghantar aku ke hospital. melihat wajah lesu gadis comel membuat hati aku sayu. mujur tiada perkara buruk berlaku cuma demam dengan suhu yang cukup membimbangkan. keesokan harinya, awal awal hari lagi pergi hospital dengan abangnya. teman Natasha sehingga hari nak malam. tidak terlintas pun rasa bosan singgah. tanpa menghiraukan nasihat supaya jangan mendekati pesakit. aku berkongsi katil dengan Natasha bertukar cerita dan bergosip tentang perihal manusia. nyanyi nyanyi, kan kan? tengah sakit sakit pun sempat lagi. Natasha Natasha.haha. pada aku tidak kisah lah dimana aku berada selagi aku didampingi dengan orang yang menyenangkan dan aku sayang itu sudah cukup membahagiakan.
ya Natasha, kak ika sayang kamu.
Form4
waahhhh lama rasanya tidak meng update blog. aha. ujian julai pun dah berakhir. tak sangka pejam celik pejam celik dah nak puasa dah pun. keputusan ujian aku macam biasa. kali ini tak gagal 4subjek yang biasanya gagal. alhamdulillah. mungkin sebab berkat meniru orang sebelah. erk. berkat ke?. akhirnya dah masuk bulan8 ni aku sedar yang aku seharusnya pergi tuisyen kerana sesungguhnya dalam kelas memang tak tumpukan perhatian pada guru yang sedang mengajar. cuba nak faham tapi tak faham jugak. pecah pale. menyesal pun ada,merelakan diri mengambil subjek sains. ramai yang kata duduk dalam kelas sains ni susah terutamanya bagi orang yang malas macam aku ni. haih. aku lebih minat matematik dari sains tapi aku tekad juga untuk mengambil sains. pernah juga rasa give up, dah malas nak belajar. tapi hidup ni panjang lagi, tambahan pula aku baru berusia 16tahun. kalau kau tak pergi sekolah kau nak jadi apa? aku sedar tak guna aku menyesali perkara yang tidak boleh diundur. maka, berusahalah Afiqah. lepas Spm2010. merdekalah kau! fuhh. cemburu benar melihat kerajinan pelajar kelas sains1. hebat gila mereka tekun belajar tengok buku macam nak makan. selalu terlintas di benak, bila lah agaknya aku akan jadi macam kamu orang haih. kini aku hanya perlu ingatkan diri aku walau apa pun yang akan terjadi berjalanlah tanpa henti. kakak aku kata kalau ada lampu merah macam mana? erk. apa apa je lah Jihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)